Buat Sahabat...

Ilmu yang ada dikongsi bersama..Cerita diri akan turut dikongsi...Pengalaman diri akan dihargai..Bersama kita membentuk ukhwah sejati..

Pages

Monday, February 7, 2011

Mula mencari cintaNya..

..........السلام عليكم

Pada ketika ini, naluri hatiku berkobar-kobar hendak mencari redha dan cintaNya.. Terasa rapuh sungguh iman dalam diri..bile dikenang dan direnung kembali, diriku ini memang x pernahnya sempurna...satu demi satu khilaf yang dilakukan...

Aku pernah teringat ada yang berkata; "Selagi Allah itu sayang hambaNya, Dia akan senantiasa ber'murah hati' menunjuk jalanNya kepada kita"... cuma kita, hambaNya, yang sering leka hingga kadang2 tergelincir dari landasan @ jalan yang sepatutnya...atas kesedaran itulah, hatiku tergerak untuk mencoret sesuatu yang mampu memuhasabahkan diri ini dan mengukuhkan iman di hati...

Bukan mudah, seorang insan seperti aku untuk memulakan suatu coretan seperti ini..Aku akui kelemahanku yang malu untuk menonjolkan diri...bukan mudah juga untukku berkongsi rasa @ cerita @ masalah dengan cara identiti dikenali...lantas, terbit idea di fikiran ku untuk mewujudkan "DIARI" peribadi yang hanya aku sendiri kenali siapa pemilik blog ini...

Sebab musabab ku cipta LAMAN ini adalah untuk DIRIKU sendiri...aku perlukan "sesuatu" yang membenarkan aku untuk mencoret @ bercerita @ berkongsi rasa dan cerita....."sesuatu" yang mampu menemanku mencari redhaNya...."sesuatu" yang dapat memberi aku kebebasan untuk bersuara tanpa ada yang mengenali rupa dan siapa diriku sebenarnya....biar pun tiada orang yang sudi membaca @ meneroka LAMAN ini, ku x peduli....akan ku teruskan coretan ini demi memastikan INSAF hadir dalam diri ini...

Allah itu Maha Penyayang....Dia mudah memaafkan....Dia mudah menerima kesalahan yang diiringi dengan keinsafan...Dia Maha Mendengar....setiap rintihan dan keinginan hamba2Nya...Dia Maha Berkuasa...menggerakkan naluri hambaNya untuk kembali ke landasanNya yang sebenar...

Bersyukur rasanya, bila diri ini masih mendapat hidayahNya....x sanggup dibayangkan sekiranya diri ini hilang dari "perhatian"Nya.....Doaku sentiasa; 

"Ya Allah, bantulah hambaMu ini...kasihanilah diri ini...sayangilah hambaMu yang lemah ini....pandulah aku dengan cahayaMu menuju ke jalan yang Engkau redhai...sekiranya aku tersungkur, Kau bangkitkan kembali semangat, azam dan tekadku untuk mencari jalan kebenaranMu...Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Memahami dan Maha Mengampuni..." amin~

Sebelum jemari ini berhenti dari mencoret rasa, ku harap niat dan usahaku dalam mencari REDHA CINTANYA akan kekal selamanya..............


redhacinta @ 10:52 pm
7 Februari 2011

2 comments:

  1. kusedia membaca cOretanmu tanpa perlu mengenalimu..kerana ada perkara yang perlu dikOngsi dan ada perkara yang tak perlu di beritahu..keep blogging dear..

    ReplyDelete
  2. di sini, ku mula percaya, disebalik coretan kata, akan wujud ikatan persahabatan antara kita...

    TQ mis diy....sokongan mu amat dihargai...sekiranya ada kekurangan pada coretan2 ku nanti, mohon bimbingan darimu....

    Salam Perkenalan.... ;-)

    ReplyDelete