Buat Sahabat...

Ilmu yang ada dikongsi bersama..Cerita diri akan turut dikongsi...Pengalaman diri akan dihargai..Bersama kita membentuk ukhwah sejati..

Pages

Wednesday, February 9, 2011

Tuntutan Lebih Masa (OT)........sejauh mana keikhlasan kita berhubung perkara ini???

huh...penat dh bekerja hari ni...agak membanggakan skali bile hari ni dapat menumpukan lebih banyak perhatian dan tumpuan pada kerja-kerja di pejabat (walaupun sbnarnya masih banyak yang tertunggak)...bile dikira, hari nie ku dah bekerja lebih dari lapan jam...masuk ofis jam 7.30 pagi and balik umah jam 5.50 petang.... td pon lunch x sampai satu jam...hebat kan??? :-) 

satu pencapaian yang amat membanggakan untuk hari ini..
(walaupun sebelum nie pernah kerja lebih masa)

hurm....ade satu perkara yang tiba2 menarik minatku untuk kongsi bersama pembaca @ follower blog ini...berkenaan Elaun Tuntutan Lbih Masa (skop golongan yang dah bekerja....yang x bekerja lagi pon boleh baca gak, untuk pengetahuan bersama)

Berapa ramai di kalangan pekerja2 di seluruh dunia suka buat OT??
Apakah profession yang selalunya melibatkan OT??
Berapa banyak OT yang biasa dilakukan oleh seseorang pekerja??
Sejauh manakah kejujuran pekerja dalam menuntut bayaran OT mereka??


ku pasti ramai di kalangan kita mampu menjawab soalan2 berkenaan....cuma soalan yang terakhir tu mampu membuatkan mereka ragu2.......


Sape kate buat OT ni x bagus?? Sememangnya mereka itu salah dan x faham....


OT sangat  membantu dalam memastikan semua tugasan2 kita siap pada masa yang telah ditetapkan.
OT membantu kita dalam mengurangkan bebanan kerja yang berlambak2...
OT sekaligus membantu kita menambah pendapatan....


Tapi persoalannya, berapa ramai di kalangan mereka yang membuat OT akan bersikap JUJUR tatkala membuat tuntutan OT berkenaan...??


x kiralah sektor kerajaan mahupun swasta...


ramai sangat muka PENIPU @ KELENTONG @ AMBIL KESEMPATAN dalam mendapatkan tuntutan OT masing2....bukan semua ok!! tapai RAMAI je....menuntut apa yang sebenarnya bukan hak mereka..
Bagaimanakah yang dikatakan golongan penipu OT ini? Berikut adalah situasinya:


Situasi 1:
Cik A datang ke pejabat tepat jam 8.00 pagi (ikut wktu bekerja WP2)...kemudian Cik A pergi ke kantin untuk minum pagi dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi...(1 jam waktu bekerja telah dibazirkan)...setelah beliau masuk semula ke pejabat, beliau bukak "warong kedai kopi" bersama kawan2 pejabat yang lain...cit cat cot....x sedar masa berjalan, dah jam 12.00 tengah hari (senang2 je 3 jam  berlalu begitu sahaja)..ok, pastu Cik A mulalah buat kerja.....ooppsss 12.30 tgh hari berhenti buat kerja, terus g lunch....(biasa nye kalu lunch jam 1 tgh hari, kul 12.30 tgh hari orang dh mula kluar)....masuk semula ke tepat jam 2 petang....samapi jam 5.00 petang, cik A sgt tekun bekerja....sepatutnya kul 5.00 dh boley balik, tapi Cik A tiba2 bersemangat nak buat kerja lebih masa.....kononnya untuk mengqada'kan masa2 yang terbuang pagi td...OK alasan diterima...maka Cik A pun bekerja lah sehingga jam 7 petang...baguskan Cik A nie... ;-p

Tup2 hujung bulan, Cik A kemukakan borang tuntutan elaun lebih masa??

aiikkk, agak pelik jugak lah....bile ditanya bile buat OT?? maka diterangkan lah sekian2...
kalu ikutkan situasi sebenar...Cik A adalah tidak layak untuk menuntut sebarang bayaran lebih masa...ini kerana Cik A adalah WAJIB menggantikan masa2 kerja yang dibuang begitu sahaja...apa guna gaji dibayar...tapi kerja yang dilakukan adalah tidak sepenuhnya...pastu, boley plak minta bayaran tmbahan...ini dikira MENIPU.............Menipu untuk mendapatkan keuntungan.....ish2...x patut3x....

Situasi 2:
En. B perlu bekerja pada hari sabtu bagi menyudahkan kerja2 beliau yang tertunggak..maka En. B pon datang ke pejabat pada hari berkenaan tepat jam 10.00 pagi....bila selesai buat kerja tepat jam 1.00 tengah hari, En. B pon balik ke rumah...cukup hujung bulan En. B kemukakan borang tuntutan elaun lebih masa...bila 
bila di lihat tempoh atau jam bekerja yang dituntut: 8.00 pagi hingga 5.00 petang (8 jam).....

eh?? betul kah?? kerja 3 jam, tp tuntut bayaran untuk 8 jam?? hurmmmmmmmmmm

Kalau nak diikutkan, banyak lagi situasi2 yang x jujur seperti ini berlaku...sedih rasenye...
x pernahkah golongan2 seperti ini terfikir.....sama ada rezki yang mereka peroleh itu berkat atau x?? sah atau x?? 


memng kalu diikutkan mereka berhak membuat tuntutan...tapi, TUNTUTLAH HAK YANG SEBENAR2NYA...

sedarlah, rezki pendapatan yang kita peroleh itu, akan digunakan untuk menyara keluarga...membesarkan anak2....memberi pendidikan dan kehidupan untuk ahli keluarga....pendapatan untuk makanan...dan sebagainya...


bila punca rezki itu kurang berkatnya, agak2nya apa yang akan berlaku kepada generasi2 kita....???
ku yakin, kita sama2 boleh fikir sendiri akan kesan dan akibatnya....

oleh itu, pastikan setiap punca pendapatan anda diperoleh dengan cara yang sah dan halal...kerna ia akan menjadi darah daging kita....

Sekiranya kita ikhlas melakukan sesuatu perkara, kita pasti akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan penuh bersemangat. Oleh itu dahulukan keikhlsan dalam melakukan sesuatu perkara.

marilah membudayakan diri dengan CARA KERJA YANG JUJUR DAN IKHLAS HANYA KERANA DIA (ALLAH SWT)....


Sesungguhnya

Saat dunia berhenti berputar

Saat manusia tak sanggup lagi berharap

Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji

Menyinari dunia yang tlah kau singgahi


Mampukah kau untuk berbagi

Tanpa hasrat ingin diberi

Di hadapan-Nya…

Di hadapan-Mu ya Allah…


Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga

Tanpa ikhlas di hatinya

Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya

Tanpa tulus di hatinya


Mampukah kau untuk berbagi

Tanpa hasrat ingin diberi

Di hadapan-Nya

Di hadapan-Mu ya Allah


Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga

Tanpa ikhlas di hatinya

Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya

Tanpa tulus di hatinya


Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga

Tanpa ikhlas di hatinya

Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya

Tanpa tulus di hatinya




redhacinta @ 7:39 pm
~solat maghrib dahulu ya~

No comments:

Post a Comment