Buat Sahabat...

Ilmu yang ada dikongsi bersama..Cerita diri akan turut dikongsi...Pengalaman diri akan dihargai..Bersama kita membentuk ukhwah sejati..

Pages

Tuesday, February 8, 2011

Kerja Itu Satu Ibadah.....Pastikan Dahulu Kerja Itu Kerja Yang Halal

Sedang mencari mo0d untuk bekerja...seawal pagi tadi sudah mula merancang apa yang hendak dilakukan hari ni.. tp sekarang, kerja masih x dimulakan lagi.. kadang2 terfikir juga, kenapa payah sangat mood kerja nak datang sedangkan perancangan hebat dh dibuat sejal awalan...banyak juga masa yang terbuang bila asyik dok merancang, satu kerja pon x jalan, bila dh terdesak baru terhegeh nak mula langkah buat kerja...teruk betul aku nie...macam manalah nak berkat rezki kalau dok asyik buat kerja x sepenuh hati..

Bila dikenang kembali, ku harus akui bahawa aku berada di dalam golongan orang yang murah rezki...habis belajar je, terus dapat kerja...kerja pun bukan sembarangan...sangat sesuai dengan tahap pendidikan ku...sepatutnya rasa syukur tu perlu terbit dalam diri ini setiap masa...bukan semua orang mudah mencari kerja...kadang2 bertahun mengganggur, baru beroleh pekerjaan...namun ku yakin, itu semua rezeki masing-masing...semua hambaNya dh ditentukan rezkinya sejak azali lagi....cuma cepat @ lambat @ sikit @ banyak rezki yang akan diterima.....oleh itu, rasa SYUKUR perlu ada dalam diri...

Mulai saat ini, ku tanamkan niat dalam diri agar sentiasa berSYUKUR dengan kerja dan rezki yang diterima.....setiap kerja yang halal merupakan satu Ibadah...seperti mana yang diterangkan oleh En. Nordin bin Bayadi (Bahagian Dakwah, JAIS): 
Sumber Rujukan: LAMAN WEB RASMI JAIS

Sesungguhnya setiap perbuatan yang dilakukan seorang muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki syarak. Namun kenapa masih ada komuniti pekerja yang memandang remeh mengenai kerja yang diusahakan dengan melakukan sambil lewa dan ala kadar. Salah satu punca yang dikenalpasti adalah kerana mereka menganggap kerja sebagai amalan rutin untuk mendapat upah atau hasil tanpa membabitkan perancangan, etika dan kualiti.
    Kerja merupakan” kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.Manakala ibadah bermaksud” kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya”. Apabila digabungkan ,ia bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah.
    Sesungguhnya bekerja amat dituntut oleh Islam bagi membolehkan umat manusia mendapat rezeki kurniaan Allah dan secara tidak langsung menjadi mekanisme memakmurkan muka bumi ini. Ini menepati penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Allah Taala berfirman dalam surah AtTaubah ayat 105 yang bermaksud:
“Katanakanlah(Wahai Muhammad):”Beramallah kamu(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan  kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”
Segala tindakan dan kerja hendaklah berorientasikan kepada ciri-ciri serta nilai-nilai kerja sebagai amal soleh dan bersifat sepadu antara duniawi dan ukhrawi, rohani dan jasmani. Allah Taala berfirman dalam surah Al Jumaah ayat 10 yang bermaksud:  
“Kemudian setelah selesai solat,maka bertebaranlah kamu di mukabumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banykanya(dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat)
    Sesuatu kerja itu dikategorikan sebagai ibadah apabila ia bekerja untuk:
1.Bekerja untuk keperluan diri
   
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
    “Jika pergi sesorang di antara kamu pada tengahari untuk mengambil kayu bakar dibelakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah, mulailah daripada yang terdekat.”
2. Bekerja untuk keperluan keluarga.
    Rasulullad S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mu’min yang bekerja (Hadiht)”.
3. Bekerja untuk keperluan masyarakat
    Umum mengetahui tidak semua manusia mempunyia kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah sebagai menepati firman Allah yang bermaksud: “Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui.”
4.    Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah
    Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubungan kait yang rapat dengan unsur kehidupan manusia didunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan dimuka bumi ini. 
    Manakala cirri-ciri kerja itu, dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi perkara berikut:-
a)    Niat kerana Allah
b)    Berteraskan Iman dan taqwa
c)    Tidak meninggalkan yang wajib 
d)    Mendapat ganjaran dunia dan akhirat
Namum sesuatu kerja itu dianggap sebagai ibadah apabila :-
a)    Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syara’
b)    Pekerjaan yang disertakan dengan niat dan diredhai Allah
c)    Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh
d)    Pekerjaan berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab
e)    Menghasilkan kerja yang berkualiti
Apabila semua perkara di atas telah tercerna maka ia akan melahirkan beberapa implikasi berikut:-
a)    Menerima 3 jenis balasan 
1)    Mendapat balasan dalambentuk material
2)    Mendapat balasan dalam bentuk kepuasan
3)    Mendapat pahala di akhirat kelak
b)    Ia akan dirangsang dengan kuat untuk bekerja
c)    Ia akan menjadi seorang proaktif berdisplin dan boleh dipercayai
d)    Ia akan selalu berwaspada untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran termasuk perkara tidak bermoral
e)    Ia menjadi pekerja yang berprestasi tinggi 
Bila dibaca dan direnungkan semula, mudah sebenarnya untuk kita menambah pahala melalui kerja.....jalan yang DIA beri lebih banyak dan luas...hanya kita yang hendak x hendak mahu mengikutNya....oleh itu, ku tekad kini dalam diri, setiap masa kerja ku akan ku hargai sebaiknya...mudah-mudahan setiap apa yang aku lakukan akan beroleh keberkatanNya dunia dan akhirat..

BERSAMALAH KITA BEKERJA HANYA KERANA DIA (ALLAH SWT)..
                                                                    ~Gambar Hiasan~


redhacinta @ office
mula 1.45 pm tamat 4.39 pm.....
8 Januari 2011 bersamaan 5 Rabiul Awal 1432H 

1 comment: